Seni tidak ada, kalau cinta tidak ada. Apa sebabnya ada keindahan?
Sebabnya ialah kerana ada cinta. Dengan cinta alam diciptakan. Tiap awal surat Quran dimulai dengan "Bismil Lahir Rahmanir Rahim;" Di atas nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Itulah kunci rahsia cinta di alam ini. Timbulnya perasaan halus ialah kerana cinta. Segala seni yang tinggi, syair muzik, lukisan adalah laksana rumuz untuk membuktikan adanya Yang Rahman dan Yang Rahim..." -Hamka