Kenali .
Jim Alzuhri Md Rozali
Pelukis
Pelukis Pelan Arkitek
Pelukis Grafik
Pelukis 3 Dimensi
Dikenali dengan panggilan Jim atau Bawie dan bernama pena 'Alriscitra'. Nama penuh beliau ialah Jim Alzuhri bin Md Rozali, seorang individu yang sangat mencintai seni. Beliau berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, dan mula menanam minat dalam seni lukis sejak dibangku sekolah lagi. Jim Alzuhri berkelulusan dalam bidang seni bina dan terlibat aktif dalam pelbagai bidang kreatif seperti seni bina, seni grafik, seni lukis, seni lukisan cahaya (fotografi), dan lain-lain.
Jim Alzuhri merupakan ahli Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), dan aktif bersama kumpulan pelukis di Dungun (Dungun Art).
Beliau terus melukis sambil membicarakan rupa kehidupan tentang perjalanan yang telah dan bakal ditempuh bersama insan-insan tersayang. Setiap lukisan yang dihasilkan pastinya memberi seribu makna buat Jim Alzuhri, dan beliau berharap hasil karyanya bakal menjadi nostalgia untuk dikongsi bersama semua kelak.
Semoga setiap permulaan yang dicetuskan membawa kepada akhiran perjalanan yang menarik, dapat memberi sedikit kepuasan dan manfaat kepada semua melalui bicara rupa daripada Jim Alzuhri ini.
Perjalanan hidupnya masih jauh dan beliau akan terus belajar dan berkarya.
/jimalzuhri #alriscitraART
"AlrisCitra" ALZUHRI + RISLAH + SENI KEHIDUPAN
Nama 'Alriscitra' merupakan kombinasi yang unik dan menarik. Saya menguraikan komponen namanya untuk memahami maknanya:
Al-: Ini adalah awalan yang dalam bahasa Arab berarti "yang". Ia menambahkan makna kebesaran dan kepentingan kepada nama yang mengikutinya.
Ris: Merujuk kepada "Rislah",yang berarti "pesan" atau "misi". Nama ini membawa konotasi seseorang yang mempunyai misi penting dalam hidupnya.
Citra: Dalam bahasa Melayu, "Citra" bermaksud "gambaran" atau "imej". Nama ini sering dikaitkan dengan sesuatu yang indah dan positif.
Secara keseluruhan, "Alriscitra" dapat diertikan sebagai "gambaran misi" atau "pesan yang berharga". Nama ini mengindikasikan sesuatu yang memiliki tujuan penting dan positif dalam seni hidupan.